Dalam usaha kita
untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya
adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata
Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku
memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua
puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari
ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Adab-adab
01.Niat yang
ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa
yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki
menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat
duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri
memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan
dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana
Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati
tiap-tiap manusia.
02.Beradab
dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa
yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit
makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang
yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang
berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat
saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang.
Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah
disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan
mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu
memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita.
Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang
kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan
pensyarah.
03.Bersabar
dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak
diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab
Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
04. Tulis setiap
yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah
berkata:
"Tidak ada
seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan
hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis
dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
05.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami
diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari
ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
06.Menjahui dari
kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar
perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa
jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al
Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang
sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya
orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air,
mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka
sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit
sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada
Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
08.Kurangkan
berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:
"Sesiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan
yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
(Petikan
daripada http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/1781-adab-menuntut-ilmu.html)

No comments:
Post a Comment