Sunday, May 12, 2013

MERENUNGLAH DAN BERSYUKURLAH

              Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang diberikan Allah kepada anda.

14:34

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya."(Surah Ibrahim : 34)

              Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada didalamnya telah diciptakan Allah untuk anda., tetapi anda tidak pernah menyedarinya, anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

31:20 

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."(Surah Luqman : 20)

                   Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangaN dan dua kaki.

55:13 

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? "(Surah Ar-Rahman : 13)

                  Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa? Padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki. Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah? Padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya. Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata? Sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya. Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yang lazat dan minuman yang dingin? Sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum kerana penyakit yang mereka deritai.

                   Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian, penglihatan anda terhindar dari kebutaan. Dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan juga fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yang menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran pertama dan berlian, tetapi tangan anda kudung?
  
                    Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

                   Anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih lagi memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu renungkanlah dan bersyukurlah...!!! 

51:21 

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? "
(Surah Adz-Dzariyat : 21)

                 Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat dan dunia sekeliling anda. Dan janganlah termasuk dalam golongan : 

16:83 

"Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar."
 (Surah An-Nahl : 83)  

 RENUNGKANLAH DAN BERSYUKURLAH...!!!!!

No comments:

Post a Comment